Sakit Hati

Assalamualaikum and hai peeps! okay harini takde nak sembang banyak sangat pun.
okay korang semua ada jawatan tak dalam kelas ataupun untuk kelab ke persatuan ke ape ke.
okay....sekarang ni jawatan aku dalam class as a CR ( class representative ) lebih kepada ketua kelas la... acah....haha. masa first dapat jawatan as a CR ni aku macam tertanya-tanya, boleh ke aku jadi ketua kelas? boleh ke aku conduct budak-budak kelas aku? dorang nak ke dengar cakap aku? cehh tu acah jugak..

daripada sem 1 sampai la sem 5 yes it is memang aku masih lagi bertahan untuk menjadi CR. boleh dikatakan kalau ada jawatan ni orang cakap hati kena kental kena kuat. dulu masa sem 1 aku selalu nangis sebab tak kuat. rasa macam nak give up and macam-macam lagi aku fikir. tapi bila dah sem 5 ni benda sama jugak aku buat. nak kena jaga hati member kelas. kadang-kadang tu nak je aku tanya dorang, korang ni selfish sangat dah kenapa eh. aku penat sebenarnya tapi aku tau aku kuat cuma tah la...

hati ni bila dah selalu sakit hati, sembuhkan la dengan cara macam mana sekalipun mesti tak berkesan. kadang-kadang tu yes memang aku sakit hati dengan dorang tapi I pretend like nothing happened bila masuk kelas esoknya. aku cuba untuk kuat. aku cuba untuk hadap dorang hari-hari walaupun aku sakit hati dengan dorang. aku tau banyak mulut cakap pasal aku sebab tu aku cuba untuk kuat untuk buat pekak je.

expect nothing.

so korang-korang yang ada jawatan dekat ipt tu mesti selalu kena macam ni kan. lebih-lebih lagi perempuan dengan selalu hormon tak betulnya. rasa nak marohhhhh je memanjang.
itu je kot entri kalini.

sampai salam daripada cr yg noif ni kepada rakan kelas korang yang tak reti nak menghargai korang. assalamualaikum...

Raya Haji 2016

Assalamualaikum. raya haji kali ni bukan dekat petaling jaya tapi dekat kampung opah. meriah bebeno pun. ate kampung teman dekat peghok. haha. haa tahun ni tak semua bergambar sebab ada yang busy masak dekat dapur dan ada yg busy menyelpie di luar rumah. tahun ni bergambar 6 orang je sebab abang sulung time ni tengah busy potong lombu. abang nombor dua pulak tak dapat balik sebab ada part time job photographer. yeleee cari duit lebih la nak kahwin punye pasal. so this is my family. tak semua yang ada. kalau semua ada haih habis la tak mampu nak upload sebab ramai sangat.































You're my chum and my gum

Assalamualaikum. so memang lama sangat tak berblogging. sorry sangat sangat sebab dayah busy dengan assignment lately. ni pun dapat menaip sebab cuti raya haji. hee
so this is my latest post. dayah nak cerita pasal orang yang dayah cayang heeee. It's sounds weirdo but when I'm studying at poli I never realized that they would be my important person that I ever know. wow speaking london gituu~ tak salah kalau mencuba kan haha

That person is Nur Afiqah binti Jalaludin aka opah and Ainin Sofia binti Zulkefli aka enen haa deme ni anak pak din ngan pokcik zul.

Bila kita tempuh alam baru, macam-macam ragam yang kita jumpa dan macam-macam jenis manusia jugak yang kita jumpa. yes, kalau nak cakap pasal gaduh. menipu la kan kalau tak pernah gaduh. alahai tak syok ah kalau perempuan tak gaduh2 en. tak seri la frienship tu hahaha. takyah nak friendship goals sangat. Allah kalau dah bagi kita anugerah tu kita patut bersyukur. jangan pernah bangga bila kita ada ramai kawan. kita mencari kualiti bukan lihat pada kuantiti. sehebat mana pun kita, sekaya mana pun kita, secantik mana pun kita. kalau Allah nak tarik semua nikmat, Allah akan tarik. Alhamdulillah dayah cakap macam ni pun sebab kita semua manusia biasa. kita belajar daripada kesilapan. yes I admit, I've a lots of friends but this 2 crazy girls jugak yang dayah paling sayang and kalau dah graduate nanti mungkin yang 2 ni jugak la yang dayah akan rindu sangat2. 
I'm not saying that my other friends is not good. semuanya baik dan Alhamdulillah dayah dikelilingi oleh kawan-kawan yang sangat membantu. 

Kalau dah masuk alam menjadi student ni first sekali yang kita tak patut buat  ialah 
  • acah-acah kita lah yang pandai, kita lah yang straight A's masa sekolah menengah. kepandaian anda anda semua masa sekolah menengah takkan membawa masa alam U nanti. bukan la tak berguna langsung cuma kita kena ingat, kita akan bersaing dengan ramai orang untuk dapatkan pointer 3.5 ke atas. ala first2 sem biasa la semua nak dekan tapi nak kekalkan cgpa tu susah kot. nanti dah nak last2 sem confirm semua ada azam baru " taknak repeat paper, taknak repeat sem, tak dapat dekan pun takpela asalkan tak repeat paper" hahahahahahahaha
  • jangan nak acah-acah kau yang paling cantik, kau la yang paling style. do you know why? memang la time alam belajar kononnya nak jadi "the new me" tapi kot ya pun berpada la. ni pakaian nak pergi kelas macam nak pergi anugerah bintang popular aku nengoknyaaaaa
  • jangan pilih kawan. kau berkawan je dengan semua orang. percaya la...kalau kau nak pilih kawan yang lawa, yang kaya, kawan tu takkan membantu kau langsung. time dia susah mungkin dia akan cari kau tapi kalau dia senang. she's/he's will be gone. entah hilang kemana. husnudzon jela pupus mungkin. 
  • kalau dapat dekan, jangan pernah kau lupakan kawan-kawan kau. jangan pernah kau merendahkan kawan kau. berkat dekan tu pun usaha daripada dorang jugak. 
  • REMEMBER!!! jangan pernah kutuk or mengumpat benda yang tak betul belakang member kau. depan-depan takpela sekurangnya dia tau kan. hahaha. kalau cakap benda yang betul takpela jugak, ni sembang semua tokok tambah cerita. cerita tak berfaedah kau tu boleh membuatkan orang elok-elok suka berkawan dengan dia, ni dah jadi tak suka disebabkan cerita usrah kau tu. kadang-kadang kawan tu tau kau bercerita buruk pasal dia cuma dia malas je nak amik tau sebab dia nak tengok sejauh mana kau nak burukkan dia. kifarah tu bila-bila masa boleh berlaku kat diri kita.  
  • AND THE IMPORTANT IS jangan pernah meniru time quiz atau test, uish paling bengkek bila kau dah bersengkang mata macam panda baca buku sampai tengah malam, inikan pulak buku teori boleh naik gila. last-last markah dia lagi tinggi daripada markah kau. uish sakitnya tuh disini T_T


haha yang atas ni saje jela tips untuk bakal-bakal freshie nanti ya. peace yawww. okay kita sambung balik pasal 2 orang gila tadi. hahaha sorry opah and enen.
Apa yang aku pelik pasal dorang ni, kteorang kalau lepak sama-sama asyik dok gelakkkkk je memanjang. memang le tak elok gelak memanjang sebab tu kadang-kadang pernah je menangis hahaha. aku rasa terharu sangat ada member macam dorang sebab bila time aku takde duit, dorang belanja aku. bila time aku sakit, sanggup tengah malam bawak aku pergi klinik, sanggup nak memonteng kelas sebab nak teman pergi klinik. bila aku tengah stress ke atau dalam masalah dorang jugak la selalu tenangkan aku and bawak pergi jalan-jalan. *bagus opah ada kereta nanti kita gi mandi kat tambun eh*

walaupun kadang-kadang tu gaduh-gaduh manja sawit intan payung kan, aku tak pernah rasa taknak berkawan dengan dorang dah. aku tetap nak ada dorang dalam hidup aku. walaupun kadang-kadang stress jugak dengan perangai gila dorang ni. gila tak bertempat. mohon lepasni bawak diri tu pergi hospital tanjung rambutan eh. yang aku sukanya kawan dengan dorang ni, kalau kita ada buat salah dorang direct cakap, tu yang deep terlebih tu hahaha tapi bagus la cakap terus terang kan. i like that ahak ahak. and kalau study dengan dorang memang aku rasa semangat sebab kalau aku tak faham subject tu nanti dorang akan ajar sampai aku faham. dorang takkan tinggalkan aku kebelakang. jadi hargailah mereka sebelum mereka pergi....maksud aku pergi tu bukanle meninggal means korang akan rindu kawan korang after graduate nanti.

gaduh macam mana pun kita dengan kawan kita, jangan hanya disebabkan 3 minit pergaduhan kita tak bertegur selama-lamanyakan. sebab tu la kalau korang gaduh dengan kawan korang, bawak la berbincang elok-elok dan jangan nak jaja cerita pasal dia dekat orang lain. settle cara baik. kalau ada salah faham tu bawak berbincang cara elok.  

P/s : eh atas tu panggilan nama, sampai perenggan bawah aku kau pulak eh hahaha lantok le blog aku..... ada gambar yang before and after pakai braces hehe
haaa nah aku bagi korang femes jap



well ignore my cute mute pimples



haha I know it was a crazy ideas but we love it!

hi ainin sofia. ketua polis negara pada abad ini










Alhamdulillah. ini semua anugerah yang Allah berikan. bila berjauhan dengan ibu and abah, dorang la yang jaga makan minum, kesihatan, aish semuanya lahhh. hee syukran jazilan guys.
happy reading peeps! Assalamualaikum.