Budak zaman sekarang

Assalamualaikum. hai semua. dayah hanya nak share apa yang berlaku dekat sekolah dayah sekarang. dan mungkin benda ni ada kat sekolah lain. budak budak perempuan sekarang ni sangat pelik pelik pelik pelik! lelaki tu kurang sikit la. mana tak nya suka sangat buat benda merepek kat sekolah. contohnya macam kat bawah ni .

Contohnya :-
- selalu sangat pakai baju ketat, tudung pendek, stokin sengkat and kain pon sengkat? heyy. sekolah awak tu banjir ke?

- tak sah kalau tak pakai "BEG SAG" . bawak beg tu sahaja? Hai, tak belajar ke just bawak beg tu je? beg tu kan kecik. ala budak budak sekarang selalu pakai tu. bukan apa, awak tu perempuan :) rasanya BEG SAG tu sesuai untuk lelaki. cuba la cun sikit.

- suka sangat mencarut. kalau tak sebut perkataan "BODOH" "BANGANG" memang tak lengkap eh dunia awak? jangan la mencarut :) sebaiknya cakap la perkataan yang bagi manfaat kepada dia dan orang lain.

- suka bash orang yang dia tak kenal. BASH ni macam ANTI jugak la. adik beradik la kiranya. dah la tak kenal kita lepas tu tiba tiba nak anti kita. huh? junior anti senior. selalu macam tu la. tak kenal kita tiba tiba tak suka kat kita pulak.

- perempuan cakap gayanya macam lelaki. rasanya semua tau ni. dia perempuan tapi cakap. Alahai "LEMBUTNYAAA" dayah maksudkan kasar la tu. suka sangat cakap "heyy youuu" " ek ele kau nihhh" dan macam macam lagi la. sabor jela~

- bila tengah bercakap suara bukan main lagi kuat bagaikan tengah guna mikrofon tapi bila cikgu panggil kat depan suruh bercakap suara bukan main lagi slow. padahal sebelah kita ni. kita bukan pekak lagi. cakap la slow slow sikit.

- tak hormat cikgu. ala ni perkara biasa je. perkara biasa bagi kita tapi perkara luar biasa bagi cikgu. penat la cikgu tu nak jaga 40 orang anak murid dia. dia tu sudah la seorang je. cuba la hormat sikit. kalau tak nak belajar, jangan datang sekolah :)

- haaa yang ni kelakar sikit. dorang sebelum nak datang sekolah mestila kena make up dulu. pakai bedak tebal tebal macam hantu. pakai eyeliner and macam macam lagi la. yang peliknya pakai bedak tapi muka berbelak. hadoi. kantoi muka gelap. haha. *joke* tapi awak nak pergi sekolah untuk belajar. simple jela. bukan awak nak pergi pavilion pon nak pakai macam tu :)

# banyak lagi sebenarnya contoh contoh budak zaman sekarang ni tapi dayah malas pulak nak taip. so guys pikir positif dan mercu kehadapan. sikap sikap macam ni yang buat kita jatuh kebawah. Bye

2 comments:

  1. budak taman medan p0n sme jgak ,
    paki baju ketat ,kain ketat x rimas ke dorang ,
    nak duduk p0n susah

    ReplyDelete
  2. dayah tak tau la pulak budak medan mcm mane. tapi dayah tulis ni memang keadaan situasi sekolah dayah.

    ReplyDelete

mr and mrs comment