result SPM.

Assalamualaikum peeps, readers, world!
20MAC2014 memang hari yang paling nervous, paling dinanti-nantikan semua calon spm 2013. salah seorangnya admin sendiri. 
boleh dikatakan setiap hari dayah bersembang dengan kawan dayah kat tempat kerja pasal topik result spm ni. siapa tak takut kan. result spm ni menentukan course apa yang kita layak. masa depan kita. menangislah kalau belajar 5 tahun tapi gagal. 
serious memang takut. 

ok bila sampai je hari yang dinantikan, hari khamis.......
ok masa datang sekolah tu cikgu tak bagi masuk lagi. dia suruh tunggu katanyaa. semua student memang tunggu kat luar pagar sekolah dengan cuaca yang sangat~ sejuk~ sangatlahkan sampai berpeluh. haha. 

ok then dah pukul 11.30 macam tu cikgu suruh masuk. bila kaki ni jejak je pintu pagar sekolah, perghhh! seram bukan main. takut wooo. dayah dengan kawan dayah malas nak tunggu lama lama. memang excited plus nervous nak tau result kita. hasil kita belajar selama 5 tahun. 

kteorang orang first duduk okay. haha. kawan dayah dia dah dapat result dia. Alhamdulillah dia dapat 5A. dayah pon pikir kalau dia boleh dapat 5A, takkan dayah tak boleh so dayah pon dengan tak sabarnya memang nak tau result dapat berapa. masa tu dayah belum tau result dayah berapa tapi dayah dah nangis. haha and then puan hardeep cakap "you ada apa apa hutang tak, kalau ada pergi settlekan" dengan yakin memang ckp takde hutang la. semua dah bayar. tetiba cikgu cakap ada. aikkk! pelik ni! dulu memang dah bayar masa sign report card. takkan nak bayar dua kali. resit pulak entah kemana. hati ni memang tak sabar nak tau result. dengan hati yg malas nk cari resit PIBG tu. dayah bayar jela dua kali dengan rela hati. 

tak kesahla janji dapat tau result. tak nak ambil result lambat lambat. nanti semua orang sebok tanya. 
masa nak sign sijil berhenti sekolah. tetiba puan hardeep cakap tahniah. awak boleh isi borang ni. ada satu borang ni pihak sekolah akan bantu pelajar yang ada credit. Alhamdulillah. memang dayah ada credit tapi cikgu tak cakap dapat berapa. then bila tengok, arghhh! memang dayah menjerit sesangat. Alhamdulillah lagi sekali. dayah dapat 4A. walaupun tak mampu nak dapat straight A's dayah gembira sebab bila naik je form 4, 2A pon belum ada lagi dalam tangan. betapa susahnya nak peroleh. 

tahniah SMKTDH, sekolah menengah kebangsaan taman dato' harun.
congratulations kishor got 11A, amalia 9A, shazwani&Aishah 8A, nisa 7A, syafiq&fitri&syed&hawa&diana&siti 6A. congratulations to all. 

muka happy baru lepas dapat result














1 comment:

mr and mrs comment