Mrs J aka Jerawat

Assalamualaikum. okay harini nak cerita pasal jerawat. jerawat dengan kita semua memang tak boleh dipisahkan. kalau ada yang muka licin peloles Alhamdulillah. kalau yang jenis senasib ni kita banyak banyak-banyak istigfar la ya.... 😭

Dayah nak cerita sikit pengalaman dayah dengan jerawat.

Story begin here.......

Dulu masa sekolah menengah memang langsung takde masalah kulit jerawat ke berlubang ke tapi kalau hitam sebab sukan tu biasa lah. takde apa yang pelik sangat. lepas habis sekolah naik la seketul jerawat. maklum la hormon pun berubah. so naik la seketul kat pipi. dulu masa naik seketul jerawat, omak ai macam naik jerawat satu muka. biasala muka tak pernah ada jerawat ni kalut sikit. macam-macam letak kat muka even seketul je yang naik. dahla seketul, kecik je pun. sanggup pakai mask(yang orang pakai bila jerebu tu) bila nak keluar rumah. lepastu, dulu jenis tak tau sangat pasal local product ni. yela kita baru habis spm. tau nampak orang lain pakai, kita pun nak pakai jugak.

Al-kisahnya, starting umur 19 (2015) dah terjebak pakai local produk ni. time tu serious tak tau keburukan dia lagi, dan time tu jugak la muka okay je takde pape masalah pun. start pakai dengan produk apa tah sumpah lupa weh haha sebab dah lama sangat. masa pakai tak tipu berani sumpah memang licin sangat muka tapi bila dah lama-lama tak payah cakap, naik habis jerawat satu muka.

lepas pakai produk tu, gatai pi tukar produk lain(tapi local produk jugak 😖) yela time tu tak tau lagi yang local produk yang macam tu jenis rebranding. pakai la jenama tabita. ramai cakap tabita ada mecury yang sangat tinggi. memang tak lama pun pakai produk tabita ni. baru tepek toner dia sikit letak kat muka dah pedih. rasa macam terbakar muka ni. okay la lepastu stop.

lepas pakai produk tabita ni, pakai produk glow glowing. jenis tak faham bahasa kan hahaha. serious time ni still tak tau lagi semua produk rebranding. well, lama jugak pakai glow glowing ni sampai la masuk poli still pakai. macam yang dijanjikan masa mula mula memang muka Iolss glowing gilersss. bila dah lama-lama breakout wehhhhhh!

lepastu tukar lagi..... menangis jugak la sampai mengadu kat ibu pasal muka. confident level tak payah cakap memang takde confident langsung! time tu ibu suggest Tati sebab ibu cakap ada kawan dia punya anak pakai, muka lawa. masatu ibu pun tak tau pasal mercury ni until Tati ni kena banned sebab high mercury. muka jadi breakout teruk sebab tukar tukar benda yang sama sampai takde kesudahan.

memang ambil masa jugak nak recover kulit muka ni balik. sekarang dah 3 tahun tapi muka still tak okay tapi better than before kot. dulu penuh satu muka. lepastu jenis jerawat yang timbul sakit sangat macam jerawat batu. rasa macam muka ni bengkak lepastu ada jerawat yang besar sangat nanah dia. sekarang ada yang tinggal bekas, ada yang berlubang sikit sebab kesan jerawat yang lama, ada jugak jerawat yang tumbuh disebabkan nak dekat period. yes exactly, jerawat dekat muka dayah akan naik bila nak period.

okay ni keadaan muka dayah yang sekarang. nampak tak dengan berminyak, jerawat, bekas jerawat. terukkan hm 😣 muka dayah kejap okay kejap tak. bila okay memang bersih sangat muka tapi bila tak okay macam dalam gambar tu la. tapi kalau nak diikutkan sebelum ni lagi teruk


After that.....

barulah dayah sedar akan janji-janji dusta local produk yang menjanjikan kulit halus mulus selama seminggu. dayah buat research pasal kulit muka. dayah dapatkan consultation. dayah discover skin type kulit dayah. dayah tengok video dekat youtube and macam macam lagi. kalau nak sembang pasal benda ni setahun pun tak habis. dayah make it simple jela ea sebab banyak lagi story pasal muka ni sebenarnya tapi takpelah kita pendekkan cerita je.

Dayah start ikut penjagaan muka dengan betul bila dayah follow @pinkboxcereal punya vlog kat youtube dengan facebook. Nama dia shaf. dia ajar semua nya teknik yang betul untuk penjagaan muka. memang seronok tengok dia membebel sebab takdela bosan kan. video dia jugak banyak memberi inspirasi untuk kulit kekal sihat. dia akan selalu ingatkan kulit kena kekal sihat bukan untuk putih.

so dayah starting beli semua produk dekat drugstore.

CLEANSER

Cleanser dayah pakai Himalaya Neem Face Wash. memang before ni dayah pakai pencuci muka ni je sebab Neem Face Wash ni khas untuk kulit yang ada masalah muka macam jerawat semua tu.

TONER

Untuk toner, dayah pakai toner daripada Kiehl's. korang boleh dapatkan di store Kiehl's dekat Sunway Pyramid, Pavilion, IOI City Mall, dan banyak lagi la. toner dia best sebab tak terlalu kuat dan toner dia jugak ada extrak bunga. so muka tak la jadi kering.


SERUM

okay serum dayah cuma pakai serum daripada Innesfree je. Serum ni dayah dapat freegift masa dayah register jadi ahli. texture serum ni water based so dayah tak la risau nak pakai. Produk Innesfree korang boleh dapatkan di Sunway Pyramid atau store Innisfree kat Malaysia. korang jugak boleh beli online dekat Hermo.my, website Innisfree.

okay ni Free Gift yang dayah dapat tu. gambar ni dayah ambil di blog naminimot.blogspot.com

MOISTURIZER 

moisturizer dayah memang pakai Innisfree Green Tea Fresh Cream. moisturizer ni sesuai untuk orang yang kulit normal to oily skin or combination skin. so texture dia jangan risau sebab water based. so senang untuk serap dalam muka.



Alhamdulillah muka getting better day by day. korang yang mengalami muka berminyak atau kombinasi boleh try produk ni. memang highly recommended. thumbs up 👍

Alhamdulillah muka memang makin lama makin okay 
TAPI.......

sedih sangat semua tu sekejap je. lepas tu muka naik ruam kat pipi sampai naik jerawat sebab hm...sebab foundation je. haritu dayah keluar dengan kakak dayah pakai foundation. foundation Urban Decay. bila apply kat muka memang full coverage. sebijik pon tak nampak jerawat. peloles je muka.

Bukan sebab foundation muka dayah naik jerawat sebab dayah salah dayah sendiri. sepatutnya kalau muka dah nak getting better, biarkan muka tu bernafas. jangan pakai apa apa foundation sebab nanti dia akan clog pores dan akan menyebabkan muka berjerawat. Ini tak, dayah pergi pakai sampai satu jerawat pun tak nampak.

Stress tu memang stress sebab muka dah nak okay lepastu naik segedebak dekat satu muka. 😭
dayah pun tak tau nak pakai apa dah sebab raya nak dekat. produk yang dayah recommend dekat atas tu memang okay serious talk tapi dayah nak try cari produk yang khas untuk prone acne skin je. khas memang untuk tu.

jadi dayah beli satu set skincare daripada BELIF. Belif ni jenama korea. lebih kurang macam Innisfree, The Face Shop, Missha semua tu lah. Dayah beli dekat Store Belif di Sunway Pyramid.
korang jugak boleh dapatkan di Sephora, Belif Pavilion, dekat store dia lah senang cite.


Dayah beli satu set yang ni. memang khas untuk prone acne skin type. kandungan dia ada Tea Tree oil. Tea Tree Oil ni memang elok untuk prevent pimples dan produk dia memang 100% without chemical. memandangkan dayah baru pakai 2 hari. baru 2 hari kot takkan pakai-pakai terus cantik kan. dayah akan tunggu dan tengok result dia macam mana.

so, I will be back with my Belif review soon!

No comments:

Post a Comment

mr and mrs comment